Peminat Dakwa Digoda Shukri Yahaya


Peminat Dakwa Digoda Shukri Yahaya 

Tersebar kini perbualan di laman sosial WeChat yang menggunakan nama pelakon Shukri Yahaya. Lebih memalukan, perbualan tersebut berbaur godaan terhadap seorang wanita. Namun pelakon lelaki ini menjelaskan situasi sebenar.

Baca: TANGGUH MAJLIS KAHWIN - HANS ISAAC

“Saya pun dapat tahu berita ni pagi ini. Komen saya senang je, orang sekarang sanggup buat apa sahaja untuk ‘famouskan’ diri mereka tanpa rasa malu akan diri sendiri. Mereka seperti sudah tidak bermaruah dan nak popular cara pantaslah ni. Saya sikit tidak terasa dan malas nak layan”




“Stop making stupid people famous. Saya malas nak layan mereka, saya maafkan mereka di bulan puasa ni. Orang macam ni buat kita hilang sabar, baik tidak payah layan langsung,” jelasnya kepada portal berita tersebut.

Lebih berani lagi, wanita yang mendakwa dia berbalas mesej dengan Shukri tersebut turut menyatakan bahawa dia ada screenshot video call dengan Shukri.

Jika diikutkan kredibiliti dan rasa penuh tanggungjawab terhadap keluarga, mustahil juga Shukri akan bertindak sedemikian lebih lebih lagi menonjolkan dirinya di laman sosial tersebut.

Shukri telah berkahwin dengan Tya Adnan pada 20 November 2016 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Aaira Ameena yang lahir pada Ogos tahun lalu (2016).- Apakes
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment