Doakan Yang Baik-Baik - Ezlynn



Doakan Yang Baik-Baik - Ezlynn

Penyanyi Ezlynn berharap penyelesaian terbaik dicapai dalam kemelut rumah tangganya bersama suami, Adam Fahmy. Ezlynn yang memfailkan permohonan cerai terhadap Adam, berharap peminat mendoakan yang terbaik buat mereka. "Tunggu saja keputusan Jawatankuasa Pendamai (JKP) nanti. Doa yang baik-baik saja," katanya.

Ezlynn yang popular dengan lagu Hi Hi Bye Bye memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Januari lalu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

Pasangan itu dilaporkan diperintah menghadiri sesi JKP berikutan Adam tidak bersetuju untuk meneruskan perceraian secara baik itu.

Mahkamah menetapkan 11 Julai ini untuk sebutan kes bagi mendengar laporan JKP. Ezylnn berkata, sama ada mereka masih bersama atau sebaliknya, dia percaya semua itu menuju kepada kebaikan.

"Bersama (dengan suami) atau tak selepas ini, kedua-duanya menjurus ke arah kebaikan. "Jika diteruskan juga untuk bersama tetapi terus menyakiti hati masing-masing, tiada gunanya. Tunggu saja keputusan JKP," katanya.

Ezylnn yang sebelum ini diurus Adam, mengaku mula merencana sendiri kerjaya seni malah sedang menimbang kemungkinan menggunakan khidmat syarikat Indigital Music. "Banyak hal selama ini dilakukan bersama Adam tapi kini tidak lagi" .

"Namun, dulu pun ada perkara yang saya uruskan sendiri kerana dia turut mengendalikan urusan artis lain, jadi saya tak janggal," katanya yang mengaku mula memandu sendirian ke lokasi acara. Ezylnn dan Adam berkahwin pada 20 November 2011.- Apakes

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment