Sherry Ibrahim Menagkui Ambil Masa Untuk Bercinta


Sherry Ibrahim Menagkui Ambil Masa Untuk Bercinta

Di kala ramai yang memperkatakan gosip cinta Fattah Amin yang tiada kesudahan kini, ada pula yang mempersoalkan status terkini bekas kekasihnya, Sherry Ibrahim yang lama menyepi. Bagaimanpun Sherry menjelaskan bahawa dirinya masih tiada pengganti.

“Saya ada ramai kawan, tetapi belum ada menjalin hubungan yang serius ke peringkat hubungan cinta. Mungkin kerana saya terlalu sibuk dengan kerja sehingga tiada masa untuk berkenalan dan sebagainya”

“Lagipun saya seorang yang akan mengambil masa yang lama untuk berkenalan dan menjalinkan hububungan cinta. Tetapi bila saya berjumpa dengan orang yang sesuai nanti insya-Allah saya akan bercinta juga,” jelasnya.

Lain orang lain caranya untuk move on, tidak semua orang mudah melupakan dan mencari pengganti. Sama seperti Sherry yang memerlukan masa yang lama untuk mengenali seseorang sebelum menjalinkan hubungan.

Malah katanya kegagalan hubungan sebelum ini juga banyak memberikan pengajaran buatnya, selain membuatkan beliau sukar untuk bercinta lagi. Namun dalam masa yang sama Sherry tidak menolak andai jodoh datang. - Apakes


Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment