Fouziah Gous Hamil



Fouziah Gous Hamil

Tahniah diucapkan kepada Fouziah Gous yang kini hamil cahaya mata kedua. Berita kehamilan tersebut telah dikongsi menerusi akaun Instagram beliau berserta gambar bayinya ketika melakukan ujian ultrasound.

“Banyakkan bersujud di bulan puasa. Bersungguh-sungguh anak mommy ni bersujud! Bila pula nak tunjuk gender nya anak ku kalau sujud je dari tadi,” tulisnya menerusi akaun Instagram ketika menjalani ujian ultrasound.

Dalam perkongsian terbabit, rata-rata peminat gembira dengan berita berkenaan selain membanjiri ruangan komen pelakon itu mengucapkan tahniah dengan kehamilan kedua. Menerusi posting itu, nampaknya Fouziah masih tidak mengetahui jantina bayinya.

Apapun tahniah sekali lagi diucapkan kepada Fouziah dan suami di atas berita kehamilan bayi kedua. Semoga Fouziah diberikan kesihatan yang baik selama membawa kandungan di bulan puasa ini.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment