Rita Rudaini Takut Bawa Anak-Anak Ke Bazaar Ramadhan
Rita Rudaini Takut Bawa Anak-Anak Ke Bazaar Ramadhan
Tidak seperti selebriti lain yang sering membawa anak-anak mereka ke bazaar Ramadhan, anak-anak Rita Rudaini pula tidak pernah menjejakkan kaki ke bazaar walaupun masing-masing sudah pun berusia lapan dan enam tahun.
“Saya teringin nak bawa anak-anak ke bazar bagi memperkenalkan mereka keseronokan bulan Ramadan di mana pelbagai makanan dijual di situ. Mungkin jika mereka sudah besar sikit baru saya berani bawa mereka”.
“Mereka tidak pernah ada pengalaman itu, bukan kerana saya tidak mahu bawa tetapi bimbang keselamatan memandangkan bazar ramai orang dan saya tiada pembantu untuk mengawal mereka,” katanya.
Sebagai ibu siapa yang tidak risaukan keselamatan anak-anak, bagaimanapun dengan usia anak-anak Rita yang sudah besar rasanya tidak menjadi masalah jika dibawa ke bazaar. Pun begitu lain orang lain caranya, bagi Rita, beliau enggan perkara tidak diingini menimpa anak-anaknya. - Apakes
0 comments:
Post a Comment