Elfira Loy Harap Hubungan Berakhir Dengan Perkahwinan
Elfira Loy Harap Hubungan Berakhir Dengan Perkahwinan
Disebalik kontroversi panas membabitkan Sufian Suhaimi mengganggu isteri orang tempoh hari, terlihat kenyataan Elfira Loy yang turut membidas dakwaan itu di laman Twitter.
Elfira mengakui dirinya mula memandang serius terhadap hubungan cinta mereka.
“Sebelum ini, saya dibelenggu dengan perasaan yang kurang yakin tentang keikhlasan lelaki yang cuba mendampingi diri ini. Adakah benar ianya adalah kerana cinta atau hanya sekadar suka-suka”.
“Situasi itu bagaimanapun berbeza sejak saya mengenali Sufian. Berdasarkan kejujuran Sufian. Saya mula memandang serius terhadap hubungan kami selain mengharapkan agar menemui kesudahan yang membahagiakan”.
Sementara itu, dikala kontroversi sedang hangat diperkatakan, Sufian ada memberi kenyataan bahawa dirinya kini sedang bahagia dengan Elfira sehinggakan mana mungkin beliau boleh menganggu isteri orang.
Seperti memberi bayangan saja yang hubungan mereka kini semakin serius.
“Bagi saya, dakwaan ini adalah perkara yang tidak logik. Hal ini kerana semua orang tahu saya sedang berbahagia dengan Elfira, jadi mengapa perlu menggoda isteri orang,” jelasnya.
0 comments:
Post a Comment