Polis Bantuan Maut Kemalangan


Polis Bantuan Maut Kemalangan 

Seorang anggota polis bantuan maut selepas motosikal ditungganginya terbabas melanggar penghadang besi di kiri jalan di Kilometer 20.2 Lebuhraya Klang-Shah Alam (KESAS), pagi semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Perundangan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Kamaluddin Mohamad, berkata mangsa, Ahmad Nizam Bin Nazahar, 34, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Beliau berkata, dalam kejadian jam 7.15 pagi, polis bantuan Kolej Universiti Taylor, yang berasal dari Taman Sentosa, Klang itu menunggang motosikal jenis Yamaha LC135 dalam perjalanan dari arah Bukit Tinggi ke Shah Alam.

"Siasatan awal mendapati mangsa mungkin hendak tempat kerja kerana laluan itu menghala ke Kolej Taylor di Bandar Sunway ketika kejadian.

"Tiada kamera litar tertutup (CCTV) berdekatan kawasan kemalangan dan belum ada saksi yang tampil membantu siasatan.

"Polis masih menyiasat kejadian bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan dan mayat mangsa kini di Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk dibedah siasat," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Klip video selama tiga minit membabitkan kemalangan itu tersebar sejak semalam di laman sosial, yang menunjukkan seorang wanita dipercayai isteri mangsa, menangis teresak-esak di sisi tubuh Ahmad Nizam di sebalik plastik hitam di bahu jalan di lebuh raya itu.

Turut kelihatan, seorang wanita lain yang dipercayai ibu mangsa, yang terpaksa dipapah kerana pengsan selepas melihat mayat anaknya. - Apakes



Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment