Cemas Anak Terkunci Dalam Kereta


Cemas Anak Terkunci Dalam Kereta

Seorang bapa berdepan detik cemas selepas anak lelakinya berusia setahun lima bulan terkunci di dalam kereta di hadapan rumahnya di Taman Mutiara, Sungai Kob, hari ini.

Dalam kejadian 9.30 pagi itu, Ahmad Ishak,48 yang panik dengan keadaan itu cuba membuka keretanya jenis Honda Accord tetapi usahanya gagal selepas sejam.

"Saya tidak menyangka tindakan meninggalkan Ahmad Amsyar Naufal di dalam kereta sekejap sementara saya pergi mengambil dompet di dalam rumah mengundang padah.

"Lebih merisaukan, saya yang tidak mempunyai kunci pendua mendapati anak saya turut menutup penghawa dingin.

"Risau keadaan Amsyar yang tidak berhenti menangis, saya terus menghubungi pihak bomba untuk membantu," katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kulim Hi-Tech, Penolong Penguasa Bomba Mohd Azizi Abdullah, berkata pihaknya menerima panggilan bergegas ke tempat kejadian bersama lima anggota jam 10.45 pagi.

"Kami dapati terdapat seorang kanak-kanak yang terkunci di dalam kereta sebelum menggunakan dawai bagi membuka pintu kereta yang hanya mengambil masa kira-kira lima minit.

"Kanak-kanak terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan tetapi hanya menangis kerana terkunci di dalam kenderaan bapanya," katanya. - Apakes



Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment