Penjual Kuih Raya Maut Dirempuh
Penjual Kuih Raya Maut Dirempuh
LIMBANG - Seorang wanita penjual kuih dan biskut raya di hadapan rumahnya di Kampung Gumaya, Jalan Pandaruan, di sini, maut selepas gerainya dirempuh sebuah kenderaan, petang tadi. Tampai Molok, 50-an, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Limbang.
Adiknya, Suma Molok, 48, cedera parah di pinggang dan patah paha. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, kejadian kira-kira jam 5.10 petang itu berlaku apabila sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) dipercayai gagal dikawal pemandunya lalu merempuh gerai mangsa.
"Rempuhan menyebabkan gerai berkenaan roboh dan mencederakan mangsa dua beradik. "Bomba menerima panggilan pada jam 5.13 petang dan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Limbang dihantar ke tempat kejadian," katanya. - Apakes
0 comments:
Post a Comment