Nyaris Buta Meletup Di Muka



Nyaris Buta Meletup Di Muka


Seorang remaja 14 tahun hampir buta mata apabila mercun yang dibakarnya tiba-tiba meletup dalam kejadian jam 10 malam, di Taman Kluang Baru, Kluang, Johor, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohamad Laham, berkata, kejadian berkenaan mula tular di media sosial malam tadi apabila kisahnya yang hilang penglihatan dimuat naik netizen.

"Pihak polis mengesahkan kejadian berkenaan selepas merujuk kes berkenaan di Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom, Kluang, malam tadi.

"Hasil siasatan awal polis, kejadian berkenaan berlaku kira-kira jam 10 malam Ahad lalu, ketika mangsa sedang bermain mercun di Taman Kluang Baru, sebelum mercun padi dipegang tiba-tiba meletup, katanya.

Menurut Mohamad Laham, mangsa dihantar ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom Kluangbagi mendapatkan rawatan.

"Mangsa dimasukkan ke Wad Mata di Hospital Kluang dan hasil pemeriksaan, doktor mendapati mata sebelah kanannya cedera parah serta rosak manakala mata kirinya mengalami kecederaan namun mampu pulih.

"Rabu lalu, kira-kira jam 1 tengah hari, mangsa kemudiannya dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru untuk rawatan susulan pakar mata di sana," katanya. - Apakes
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment