Nafi Suami Larang Berlakon - Liyana Jasmay
Nafi Suami Larang Berlakon - Liyana Jasmay
Pelakon dan penerbit, Liyana Jasmay menafikan suaminya, Fathuddin Mazlan melarangnya daripada berlakon. Liyana memberitahu, dia akan kembali aktif selepas Aidilfitri. "Saya berharap mendapat tawaran menarik.
Baca: ZULIN TAK PUTUS ASA KURANGKAN BERAT BADAN
Kalau boleh, biarlah berbeza. Agak lama juga saya tak mencuba sesuatu yang baharu dalam lakonan. "Alhamdulillah, setakat ini, suami masih mengizinkan saya berlakon.
"Tetapi dia keberatan jika penggambaran dilakukan di luar negara. Ini kerana dia rasa kurang selamat," katanya yang akan muncul dengan filem Bella & Jamie, Oktober depan.
Liyana berkata, dia mahu terus berlakon asalkan mendapat 'lampu hijau' daripada suami. Mengenai kehidupannya sebagai isteri dan ibu di rumah, Liyana mengaku hidupnya tidak terurus andai tiada pembantu rumah kesayangan yang dipanggil Bibik.
Liyana berkata, Bibik banyak membantunya mengurus rumah dan keperluan dua anak, Sofia Arissa yang berumur tiga tahun dan Selena Fathuddin, setahun lima bulan.
"Jika ada kerja yang saya tak dapat bereskan atau terlupa, Bibiklah yang bantu. Bibiklah yang uruskan anak-anak makan. Tapi kalau untuk suami, saya yang sediakan. "Andai tiada Bibik, saya boleh jadi pening.
Dia ibarat 'penyelamat' dan saya sangat sayang kepadanya," katanya. Mengenai perniagaan fesyen jenama Mermaid Luxe yang diusahakannya sejak 2014, Liyana berkata, dia dan kakak yang sama-sama mengendalikan perniagaan itu tidak menganggap diri mereka sebagai pereka fesyen.
"Kami menggunakan khidmat pereka fesyen untuk bekerjasama. Kami hanya memberi input. Kami menghasilkan produk fesyen seperti jenama Zara dan Uniqlo.
"Selain bekerjasama dengan Zalora, jenama saya juga dijual di kedai 'pop up' di pusat beli-belah Mid Valley hingga bulan depan. Koleksi raya ini diusahakan sejak Oktober tahun lalu," katanya.
0 comments:
Post a Comment