'Batman' Adam West Meninggal Dunia
LOS ANGELES - Adam West, pelakon yang terkenal dengan watak dalam siri televisyen "Batman" pada awal 1960-an yang bertahan sehingga lebih tujuh dekad, meninggal dunia. Beliau berusia 88 tahun.
Pelakon itu meninggal dunia pada malam Jumaat lalu selepas bertarung dengan barah leukemia, demikian menurut ahli keluarganya dalam satu posting di laman Facebook milik West.
West mencapai kemasyhuran selepas melakonkan watak super hero Batman serta watak ego Bruce Wayne dalam siri televisyen popular tahun 1966.
Pelbagai watak mampu dibawanya dan ini membuatkan West terus menonjol dan melebarkan sayap lakonannya dalam pelbagai karektor selepas itu.
Dilahirkan dengan nama William West Anderson di Walla Walla, Washington pada 1928, pelakon itu meneruskan panggilan sebagai Adam West di pentas lakonan sebelum berpindah ke Hollywood pada 1959.
West meninggalkan isteri, Marcelle, enam anak, lima cucu dan dua cicit. "Tiada kata-kata untuk menjelaskan bagaimana kesedihan kami tanpanya," kata ahli keluarganya dalam kenyataan itu.
"Kami tahu anda juga akan merinduinya dan kami mahu anda tahu betapa kami amat menyayanginya," kata mereka.
0 comments:
Post a Comment