Kelindan Maut Selepas Lori Rempuh Belakang Treler


Kelindan Maut Selepas Lori Rempuh Belakang Treler

MUAR - Seorang kelindan maut selepas lori tiga tan yang dinaikinya merempuh treler membawa muatan besi lalu terbalik di Kilometer 128.01 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu turut menyebabkan pemandu lori terbabit cedera, manakala pemandu treler tidak mengalami sebarang kecederaan. Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Muar, Pegawai Bomba Kanan II Ishak Kassim, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.34 pagi dan sebuah jentera dengan 12 pegawai serta anggota dihantar ke lokasi kejadian.

"Ketika pasukan penyelamat tiba di lokasi kejadian, pemandu lori yang dikenali sebagai Abd Rahim Jakpar, 35, sudah dikeluarkan oleh orang ramai. Kelindan lori terbabit disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Pihak bomba membantu mengeluarkan mayat kelindan lori yang tersepit di tempat duduknya. Mayat mangsa yang belum dikenal pasti identiti dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) untuk bedah siasat, manakala mangsa yang cedera turut dirawat di hospital yang sama.- Apakes

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment