Dituduh Menipu - Datuk Boy Iman



Dituduh Menipu - Datuk Boy Iman

"Saya ada membawa jurukamera namun dia tidak dibenarkan mengambil gambar saya di dalam istana kerana pihak istana sudah ada jurukamera yang ditetapkan pihak berkenaan.

“Tidak salah jika saya mengambil peluang bergambar di hadapan pagar Istana Pahang di ibu negara menggunakan jurukamera yang saya bawa sendiri sebagai kenangan.” kata Datuk Boy Iman atau nama sebenarnya Norul Iman Abd Rahman, 37.

Boy mengulas mengenai gambar tular dia yang mendakwa menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP), baru-baru ini bergambar di hadapan pagar istana sehingga menerima kecaman netizen.

Menurutnya, dia menerima penganugerahan yang membawa gelaran Datuk itu pada 24 Mei lalu.

"Saya pun tak tahu nak cakap macam mana. Saya ada juga muat naik beberapa gambar ketika menerima darjah itu dalam istana yang diberikan oleh jurukamera istana yang sah di Instagram menggunakan nama ‘boyiman_dbiriansjeneral’ tetapi mengapa gambar di depan pagar itu juga yang menjadi bualan pengguna laman sosial itu.

"Ini adalah tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab apabila cuba menjadikan gambar berkenaan tular di laman sosial.

"Apa yang berlaku ini saya anggap sebagai perkara positif selain berterima kasih kepada pihak berkenaan kerana membantu saya mendapatkan publisiti terutama untuk menjadikan perniagaan yang saya lakukan sekarang ini lebih maju," katanya.

Katanya, dia reda dengan apa yang berlaku selain memaafkan pihak yang berbuat demikian.

"Sempena Ramadan, bulan baik ini tidak baik kalau kita nak marah-marah orang. Saya bukan tidak ambil peduli sebaliknya saya nak ucap alhamdulillah saja apa yang berlaku.

"Puasa bukan saja menuntut untuk kita menahan lapar tetapi juga perbuatan dan percakapan. Saya bersyukur dan berharap semoga semua terus menyokong saya," katanya.

Terdahulu, pada penghujung 2016 gambar Boy Iman menerima menerima ijazah doktor falsafah (PhD) dari sebuah kolej swasta turut tular di laman sosial.

Penganugerahan berkenaan turut mengundang pertikaian ramai pihak apabila majlis konvokesyen yang diadakan didakwa tidak ubah seperti ‘cabutan bertuah’. - Apakes




Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment