4 Kenderaan Nahas, 2 Parah


4 Kenderaan Nahas, 2 Parah

ALOR SETAR - Enam orang cedera termasuk dua parah apabila terbabit dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di persimpangan lampu isyarat Plaza Tol Alor Setar Utara di sini, hari ini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Alor Setar, Mohd Sobri Man, berkata pihaknya tiba di lokasi kejadian tiga minit selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 11.35 pagi.

Katanya, kemalangan membabitkan empat buat kereta jenis Proton Saga Aeroback, Toyota Unser, Volkswagen dan pacuan empat roda jenis Mazda.

"Kami terpaksa melakukan operasi menyelamat bagi mengeluarkan dua mangsa berusia 40-an dalam Proton Saga Aeroback yang agak parah manakala empat mangsa dalam Toyota Unser hanya cedera ringan.

"Bagaimanapun, dua mangsa yang menaiki Volkswagen dan seorang di pacuan empat roda jenis Mazda tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mohd Sobri berkata, mangsa yang parah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah menggunakan ambulans bomba dan ambulans Kementerian Kesihatan.

"Keadaan terkawal dan semua mangsa berjaya dikeluarkan sepenuhnya sejam kemudian selepas pihak polis mengambil alih lokasi kejadian bagi mengalihkan kesesakan," katanya. - Apakes

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment