Uli Roti Canai Atas Penutup Tangki Kumbahan Najis



Restoran nasi kandar menjadi pilihan ramai terutama di negeri-negeri bahagian utara kerana dikatakan nasi kandar di sana lebih sedap berbanding di negeri lain.

Baru-baru ini pihak berkuasa membuat pemeriksaan di beberapa restoran nasi kandari di Alor Setar, Kedah, terkejut apabila mendapati tahap kebersihan di beberapa restoran amat menjijikkan.

Malah, minyak yang digunakan untuk menggoreng ayam turut tidak ditukar walaupun telah digunakan selama dua hari berturut-turut.

Bahkan, dua restoran lain terletak di Jalan Pegawai dan Jalan Stadium turut diarahkan tutup dalam Operasi Pemeriksaan Halal di sekitar bandar Alor Setar disebabkan tahap kebersihan restoran kurang memuaskan.

Penolong Pengarah (Bahagian Pengurusan Halal) Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK), Rosyadah Ramli memberitahu operasi itu bermula dari 10 pagi hingga 2 petang membabitkan enam restoran di bandar tersebut.

“Daripada enam yang diperiksa, tiga diarah tutup serta-merta kerana kebersihannya tidak memuaskan. Ketika diperiksa kita menemui najis lipas di dalam premis, selain keadaan premis juga berisiko mengundang kehadiran tikus disebabkan ada bahan mentah yang tidak ditutup,” ujarnya.

“Kebanyakan bahan mentah di ruang dapur restoran yang diperiksa terdedah dan tidak ditutup, malah telur yang digunakan membuat roti canai atau masakan lain juga tidak dicuci dengan sempurna,” sambungnya.

“Kita turut mengesan ada pekerja restoran terbabit menguli tepung roti canai di atas ruang penutup kumbahan najis di belakang premis dan ia agak menjijikkan, sekali gus restoran itu diarahkan tutup,” tambahnya lagi.

Operasi tersebut dijalankan bersama 30 anggota iaitu dari Jabatan Kesihatan Negeri Kedah, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri serta Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS). - Apakes
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment