"Tegur Untuk Kebaikan Bersama" - Que Haidar




Selepas Aziz M Osman mengeluarkan kenyataan menyindir pelakon generasi lama yang menegur pelakon baru semalam, Que Haidar yang kenyataan beliau baru baru ini menerima perhatian ramai tampil mempertahankan pendirian beliau.

Dalam satu kemaskini di Twitter, Que Haidar mempersoalkan sama ada status sebagai seorang pelakon baru menjadi satu alasan seseorang itu tidak boleh ditegur untuk kebaikan bersama.

Que Haidar sebelum ini turut memuat naik satu status menyelar para pelakon generasi baru supaya tidak malas untuk memperbaiki bakat lakonan dan bukan semata mata mengejar populariti.

Kami rasa, banyak betulnya apa yang dikatakan oleh Que Haidar kerana ramai selebriti muda sekarang lebih mengejar populariti dan kontroversi dari menyumbang secara serius kepada dunia seni. Ambil sebagai nasihat ya?  - Apakes
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment