Suami Pukul Isteri Dipenjara 10Ttahun




KUALA LUMPUR - Seorang suami dihukum penjara 10 tahun dan satu sebatan selepas mengaku salah memukul isteri dengan menggunakan cota sehingga cedera di lengan, belakang badan dan peha kaki, tahun lalu.

Hakim Shamsudin Abdullah menjatuhkan hukuman itu terhadap Irwanizam Sharrudin, 42, di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Shamsudin memerintahkan hukuman penjara itu berkuat kuasa dari tarikh tertuduh ditangkap pada 19 mei 2017.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap isterinya yang juga penjawat awam, Salzila Sazali, 33, menggunakan sebatang cota iaitu senjata yang boleh menyebabkan kematian sehingga mangsa lebam di lengan tangan kiri, belakang badan dan belakang peha kaki kanan.

Tertuduh yang juga pemandu lori didakwa melakukan kesalahan itu di E-10-20 Program Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Muhibbah, Jalan Puchong, Bukit Jalil di sini pada jam 6.15 pagi, 11 Disember 2016.

Dia dituduh mengikut Seksyen 326A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau dengan denda atau sebat atau dengan mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nurakmal Farhan Aziz, memohon hukuman setimpal berikutan kesalahan memukul isteri adalah serius dan sepatutnya tertuduh sebagai suami perlu menjadi pelindung kepada mangsa dan bukan memukul.

Irwanizam yang tidak diwakili peguam bagaimanapun kelihatan tenang dalam kandang tertuduh dan merayu supaya diberikan hukuman ringan.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, mangsa berada di rumahnya dan telah bertengkar dengan tertuduh sebelum tertuduh memukul mangsa menggunakan sebatang cota. - Apakes
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment