Saya Tetap Maafkan Isteri - Suami



KUALA KRAI - "Saya tetap maafkan isteri tersayang walaupun menerima lebih 200 jahitan," luah kakitangan kerajaan berusia 55 tahun yang cedera ditetak isteri menggunakan pisau pemotong sayur dipercayai kerana mahu berpoligami.

Bapa kepada enam cahaya mata itu menjelaskan, dia ditetak di kepala, dahi dan tangan oleh isterinya berusia 56 tahun bukan berpunca daripada hasrat mahu berpoligami, sebaliknya kerana perbuatannya menipu sehingga membangkitkan kemarahan isteri.

"Ramai yang salah anggap, jujurnya isteri serta enam anak sudah memberi keizinan untuk saya berkahwin dengan wanita yang dikenali lebih dua tahun lalu.

"Isu itu tidak berbangkit kerana pada hari kejadian, saya menipu isteri mengatakan keluar menonton bola, sedangkan saya berjumpa dengan teman wanita. Akibat penipuan itu, isteri saya gagal kawal perasaan sebelum ke dapur mengambil pisau dan menetak tubuh badan saya.

"Dalam keadaan berlumuran darah, saya sempat memeluk isteri yang hilang kawalan sambil memujuknya supaya bertenang sebelum ke hospital untuk mendapatkan rawatan," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, insiden yang berlaku itu menjadi iktibar kepada dirinya supaya tidak menipu isteri pada masa akan datang, sebaliknya bercakap benar dalam apa juga situasi.

"Saya tidak pernah salahkan isteri walaupun ditetak kerana saya sedar dalam kes ini saya yang silap, bukannya isteri. Isteri mana yang tidak marah sekiranya suami mereka menipu, begitu juga dengan isteri saya.

"Selepas ditetak, saya menumpang di rumah kawan selama dua malam supaya isteri bertenang dan alhamdulillah hubungan kami sudah pulih seperti sedia kala dan saya tidak sesekali menyimpan marah atau dendam terhadap isteri," katanya yang sudah 35 tahun berkahwin.

Katanya, insiden itu juga tidak mematahkan hasratnya untuk berkahwin dua kerana semua sudah setuju dengan perancangannya, namun dia akan berbincang secara terperinci dengan isteri dan bakal isteri.

"Insya-Allah kalau ada jodoh tidak ke mana. Saya sudah mengenali wanita yang juga janda anak dua itu sudah lama dan isteri juga reda sekiranya saya berkahwin lain," katanya.

Akhbar hari ini melaporkan, dalam kejadian jam 1 pagi Khamis lalu, lelaki terbabit cedera selepas ditetak isterinya menggunakan pisau pemotong sayur di Kampung Manek Urai Lama, di sini, dikatakan kerana mahu berpoligami. - Apakes

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment