"Saya Belajar Lalui Pengalaman Pahit Bukan Mahu Bunuh Diri" - Elizabeth Tan




Jika sebelum ini Elizabeth Tan atau pun mesra dengan panggilan Lizzy pernah menyatakan bahawa dia pernah terlintas untuk membunuh diri melalui laporan Utusan Malaysia, bagaimanapun perkara tersebut dinafikan pula ketika mengeluarkan kenyataan.

“Saya baru mendapat tahu ada beberapa tajuk mengatakan saya kecewa putus cinta sampai nak bunuh diri. Tajuk itu tidak betul, jadi saya harap semua jangan salah faham.

“Memang betul saya mengalami kemurungan dan sedikit tertekan sebelum ini, sebab itulah saya berehat seketika awal tahun ini. Namun ia bukan sepenuhnya disebabkan putus cinta.

“Saya berdepan beberapa masalah sejak tiga tahun lalu, yang sudah lama dipendam dan isu cinta itu hanya menjadi pencetus kepada semuanya. Saya semakin baik sekarang. Masa memang merawat kedukaan,” jelasnya kepada portal berita tesebut.

Tambah Lizzy lagi, dia banyak belajar daripada semua pengalaman pahit yang dilaluinya sebelum ini. Apa pun semoga Lizzy kuat dan tabah untuk meneruskan kehidupan. - Apakes

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment