Percintaan Dengan Lelaki “A” Berakhir, Fathia Latiff Tak Jadi Kahwin Hujung Tahun Ini




Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Sehebat mana pun kita bercinta, namun jika sudah tertulis tiada jodoh, memang tak akan dapat disatukan. Sedih juga mendengar percintaan Fathia Latiff dengan seorang ahli perniagaan yang dikenali sebagai “A” telah berakhir pada bulan lalu.

Sebelum ini, Fathia memaklumkan yang dia merancang untuk mendirikan rumahtangga pada hujung tahun ini sekiranya si “A” benar-benar ikhlas. Namun sekali lagi Fathia dikecewakan.

Telah pun berusia 30 tahun, sudah pasti Fathia Latiff sudah bersedia untuk bergelar seorang isteri. Nasihat Abang Nara, jangan tergesa-gesa. Pilih lelaki yang benar-benar mencintai kita. Biasalah gagal dalam percintaan.

Saya hanya mampu merancang dan kadang-kadang yang kita rancang tak semestinya berlaku kerana semua itu atas kehendak Allah. Setakat ini saya hanya boleh katakan yang diri ini tiada komitmen dengan mana-mana lelaki dan saya masih solo.

Selagi saya tidak diijab kabulkan, saya adalah milik ibu dan ayah. Tunggu saja sampai hari pernikahan baru saya akan umumkan. Kalau ikutkan, memanglah rasa sedikit terkilan kerana hasrat saya untuk hidup seperti pasangan lain tidak kesampaian.

Setiap orang ada pasang surut dan mungkin bukan rezeki saya untuk ada teman dalam waktu terdekat ini. Saya sentiasa positif dan tidak mudah mengalah kerana hidup mesti diteruskan. - Apakes


Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment