Pemandu Maut Lori Bertembung Treler




KUANTAN - Seorang pemandu maut selepas lori dipandunya bertembung dengan treler di Batu 14 Jalan Pekan-Nenasi, Pekan jam 8.30 pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pekan, Wan Samsul Effendi Wan Mahmud, berkata mangsa R Tamil Chelvum, 23, maut di tempat kejadian selepas lori lima tan dipandunya yang dalam perjalanan dari arah Rompin ke Pekan bertembung dengan treler yang datang dari arah bertentangan.

"Anggota Balai Bomba dan Penyelamat Pekan tiba di lokasi kejadian jam 8.47 pagi bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.

"Pihak kami terpaksa menggunakan peralatan khas seperti mesin pemotong besi bagi mengeluarkan mangsa sebelum dia disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan," katanya ketika dihubungi, di sini.

Sementara itu, jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Pekan ketika dihubungi berkata, pemandu treler berusia 37 tahun itu tidak cedera dan sudah membuat laporan mengenai kejadian.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Apakes
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment