Lelaki Maut Ditikam, Suspek Diburu Polis




RANTAU PANJANG - Seorang lelaki berusia 33 tahun maut ditikam di sebuah premis makanan segera di Gual Tinggi, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Ibrahim Saad, berkata polis menerima laporan kejadian itu pada jam 5.45 petang daripada orang awam.

Sebelum kejadian, katanya, mangsa menikmati makanan segera bersama seorang wanita berusia 30-an di tingkat satu premis berkenaan.

"Ketika makan, seorang lelaki berusia 30-an yang membawa beg galas menghampiri mereka dan sempat berbual sebelum suspek mengeluarkan sebilah pisau.

"Suspek terus tikam belakang dan dada mangsa yang kemudian cuba melarikan diri, namun rebah di atas tangga dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.

Ibrahim berkata, suspek melarikan diri melalui pintu belakang premis.

"Polis akan membuat siasatan untuk mengesan suspek dengan bantuan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis terbabit.

"Polis kini memburu suspek dengan membuat sekatan jalan di Cabang Empat Salam dan Lalang Pepuyu, di sini," katanya.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian supaya menyalurkannya kepada polis. - Apakes
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment