Ketua Pengarang Akhbar Cedera Diserang




KOTA KINABALU - Ketua pengarang sebuah akhbar tempatan di sini, dimasukkan ke hospital apabila cedera pada muka dan bengkak pada rahang serta pipi kiri selepas diserang di sebuah stesen minyak, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 2.45 pagi di sebuah stesen minyak di Luyang, dekat sini, CC Pung, 65, Ketua Editor New Sabah Times, dikatakan singgah ke stesen minyak itu selepas menyedari diekori seorang lelaki tidak dikenali menunggang sebuah motosikal.

Mangsa dikatakan keluar dari keretanya dan bertanya kepada penunggang motosikal itu kenapa mengekorinya sebelum suspek dikatakan membuka topi keledar dan menghayunkannya ke muka mangsa.

Mangsa pengsan dan hanya sedar setelah berada di hospital.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra, berkata sebelum kejadian mangsa dikatakan minum kopi di Lido bersama beberapa rakan.

"Mangsa kini stabil tetapi ditahan di wad untuk rawatan lanjut. Dia tidak tahu kenapa dipukul," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, polis menerima laporan berhubung kejadian itu, malam tadi dan meminta saksi kejadian supaya tampil membantu siasatan, seterusnya membolehkan suspek dikesan. - Apakes
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment