Isteri Hafiz Hamidun Luah Perasaan Di Instagram



Baru sahaja diijabkabul pada 1 Mei (2017) lalu, kini desas desus mengenai badai yang melanda rumahtangga Hafiz Hamidun dan isterinya, Joy Revfa kini sedang bertiup kencang.

“Saya tidak mahu komen panjang. Ramai yang sudah tanya (berkenaan masalah rumah tangga). Kalau nak cakap mengenai bahagia, semua orang inginkan kebahagiaan. Cuma kerjaya masing-masing membuatkan kami terlalu sibuk.

“Saya mahukan keluarga bahagia, tetapi apakan daya,” luahnya kepada portal berita tersebut. Pergolakan rumah tangga mereka mula dihidu apabila Joy sebelum ini memuatnaik video lagu Despacito yang dinyanyikan semula oleh beberapa penyanyi wanita dalam bahasa Melayu.

Dalam lirik tersebut, terselit lirik lagu – “Ku keliru, jujur aku katakan aku keliru, sejak pertama kali kita bertemu, ku fikir ku tahu apa yang ku mahu” dan status yang meminta dirinya supaya bersabar dari terburu buru dan keliru.

“Kalau nak komen lebih lanjut, nanti dulu. Buat masa sekarang jangan terlalu cepat buat andaian,” jelasnya. Apa pun, semoga segala masalah yang dihadapi oleh Hafiz dan isteri dapat diselesaikan dengan cara baik dan dipermudahkan segala urusan. - Apakes

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment