Isteri Hadiahkan Kek Kotak Rokok & Kubur Untuk Suami Sebagai Peringatan
Berniat untuk memberi peringatan kepada si suami supaya berhenti daripada merokok, seorang isteri telah menghadiahkan kek berbentuk kotak rokok dan kubur bersempena sambutan ulang tahun kelahiran suaminya yang tersayang baru-baru ini.
Mohamad Kamal Ismail, memberitahu dia terkejut apabila dapat kek berbentuk demikian dan memahami mengapa isterinya memberi kek tersebut.
Lebih menarik lagi di atas kek itu disertakan ucapan ‘rokok membawa maut, hargailah baki nyawa abang’.
Di atas kek berbentuk kotak rokok itu turut diletakkan gambar kanser leher yang disebabkan oleh aktiviti merokok.
Kamal memberitahu Mstar bahawa dia menerima dengan hati yang terbuka teguran daripada isterinya itu.
“Bagi saya, ia merupakan teguran yang baik daripada seorang isteri. Tak dinafikan rokok itu membahayakan kesihatan. Lebih baik ditegur secara lembut daripada menengking supaya berhenti rokok,” ujarnya ketika dihubungi.
Selain daripada kek kotak rokok dan kubur itu, Kamal turut dikejutkan dengan kek mini berbentuk batu nisan yang diletakkan dalam kotak rokoknya.
“Pagi tu ingat nak hisap rokok. Bila buka ada batu nisan dalam kotak. Bentuk dan warna lebih kurang sama dengan rokok.
“Tapi batu nisan ni dah bersemut sebab manis sangat. Kan tu gula. Tapi kek paket rokok dan kek kubur tu memang sedap, perisa strawberi,” tambahnya lagi. - Apakes
0 comments:
Post a Comment