“Ia Dah Lama, Kami Tiada Apa-Apa” - Ruhainies




Ruhainies meminta pemilik mana-mana laman blog dan netizen berhenti mengaitkan dia dengan suami kepada penyanyi Adira Suhaimi iaitu Datuk Seri Adnan Abu.

Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 25, berkata isu antara dia dan Adnan atau lebih dikenali sebagai Datuk Red itu sudah lama selesai.

"Saya dan dia tiada kena mengena dan tak perlu kaitkan lagi beliau dengan saya. Harap semua faham.

"Sebelum ini pun saya dah jelaskan antara kami hanya sekadar urusan kerja sahaja. Malah, dia pernah memberi penjelasan tentang situasi sebenar.

"Perkara tersebut juga sudah lama berlalu. Saya rasa tak patutlah nak kaitkan lagi," kata Ruhainies ketika dihubungi.

Menurut Ruhainies, dia dan ahli perniagaan tersebut tidak lagi berhubung sejak tersebarnya video ahli perniagaan itu memeluknya pada tahun lalu.

Namun, nama Ruhainies mula dikaitkan kembali apabila ada blog menyiarkan semula artikel kontroversi terdahulu dan memuatnaik di laman Instagram.

Pelakon Menantu Tingtong ini mengharapkan pemilik blog tersebut agar lebih memberi fokus pada pelakon wanita bernama N yang dikatakan mempunyai hubungan dengan lelaki itu.

"Saya dah lama tak berhubung dengan dia. Apa kata... blog yang tidak bertauliah itu fokus kepada pelakon wanita bernama N.

"Sepatutnya mereka cari cerita tentang wanita itu, bukannya saya," tegas Ruhainies.

Sebelum itu Adnan pernah terkantoi apabila tersebarnya video dia memeluk Ruhainies ketika menaiki eskalator sebuah pusat beli belah.

Terbaru menerusi laporan mStar Online pada 18 Ogos lalu, Adnan mengaku mempunyai hubungan rapat dengan pelakon wanita yang berasal dari Sabah.

Bagaimanapun, hubungan yang terjalin sejak beberapa bulan lalu sudah berakhir selepas perkara itu diketahui Adira. - Apakes

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment