"Hati Saya Sudah Dimiliki"




Kalau dilihat di Instagram usahawan wanita berjaya, Nur Sajat, memang sering gambar jejaka yang dikenali Coach Yin dimuat naik. Selain bergambar mesra, ramai yang mendakwa Sajat kini dilamun cinta. Namun sebenarnya masing-masing masih sedang mengenali hati budi.

“Kami berkawan rapat dan saling mengenali hati budi. Diakui buat masa sekarang dia lelaki paling rapat dengan saya. Selain berhubung kerana urusan perniagaan, dia juga menjadi tempat saya berkongsi masalah”

“Dalam hidup kita perlu ada kawan rapat. Saya macam orang lain juga mengharap yang terbaik dalam hidup. Soal sayang atau rindu, bagi saya ia subjektif. Perasaan itu bukan hanya untuk kekasih tetapi sesiapa sahaja yang rapat dengan kita,” jelasnya.

Dikala orang lain masih bertelagah mengenai jantina sebenarnya Sajat, beliau pula sedang berbahagia dengan ‘kawan rapat’. Kalau sudah ada teman lelaki, mungkin betullah agaknya Sajat ini memang seorang wanita.  - Apakes
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment