Gantung Diri Sambil 'Video Call' Dengan Kekasih Kerana Kekasih Curang





Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun ditemui mati dalam keadaan tergantung di rumahnya di Sulawesi, Indonesia pada Khamis lalu.

Hidayatullah didapati menggantung dirinya sambil mengadakan 'Video Call' dengan kekasihnya kerana dia cemburu dengan kekasihnya, Apriani yang dicurigai mempunyai lelaki lain.

Bagaimanapun, segelintir orang meragui kematian remaja ini namun pihak berkuasa telah mengesahkan bahawa Hidayatullah meninggal dunia akibat bunuh diri dan bukannya dibunuh oleh sesiapa.

Polis telah menyiasat Apriani dan tiada sebarang bukti yang menunjukkan bahawa gadis itu melakukan pembunuhan terhadap kekasihnya.

“Kami sudah periksa. Tidak ada bukti kalau dia lakukan atau kematian Hidayatullah adalah disebabkan orang lain.

“Tidak ada orang lain yang berusaha membunuhnya. Jika Hidayatullah dibunuh oleh seseorang termasuk Apriani, sudah pasti dia akan menjerit meminta tolong tetapi hal tersebut tidak berlaku,’’ kata polis.

Menurut polis, semasa mengadakan 'video call', di leher Hidayatullah sudah siap terpasang tali sehingga dia menyatakan akan membunuh diri, maka perbualan mereka di dalam 'video call' itu terhenti.

Apriani kemudiannya dikatakan menghubungi semula Hidayatullah beberapa kali namun panggilannya tidak dijawab. Sejurus selepas Apriani tiba di rumah Hidayatullah, dia menemui mayat kekasihnya itu dalam keadaan tergantung.

Hidayatullah segera dikejarkan ke hospital namun gagal diselamatkan.

Siasatan itu dijalankan oleh polis selepas tersebar khabar angin Hidayatullah telah dibunuh. Insiden itu juga mengakibatkan Apriani dikecam ramai. - Apakes
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment