“Duduk Sebumbung Pun Enam Hari Je”- Kakak Joy Revfa Pertahan Tindakan Adik




Kisah pergolakan rumahtangga Hafiz Hamidun dan Joy Revfa telah menjadi semakin hangat apabila Joy menulis satu karangan di Facebook yang memberi bayangan seolah-olah Hafiz Hamidun mempunyai masalah batin.

Hafiz Hamidun bagaimanapun menafikan kenyataan itu, mendakwa Joy tahu apa sebenarnya yang menyebabkan pertikaian mereka tetapi cuba berselindung.

Ramai Netizen mempersoalkan tindakan Joy yang dilihat gemar menghebahkan masalah dan meluahkan perasaan mengenai suaminya di Facebook.

Netizen beranggapan seorang isteri yang baik seharusnya mengadu masalah rumahtangga kepada saluran yang betul, misalnya kaunselor atau pejabat agama.

Terbaru, kakak Joy Revfa yang bernama Dyana Sofia telah menulis status mempertanankan tindakan adiknya itu.

Dia mendakwa Joy menerima kecaman dari Netizen setiap hari dan memerlukan ‘outlet’ untuk meringankan masalah yang ditanggung dan orang ramai patut memahami keadaannya.

Dyana mendakwa adiknya dan Hafiz hanya duduk sebumbung selama enam hari dan masih belum sempat berkenalan dengan lanjut.



Sebelum ini, Dyana pernah menulis status tentang rumahtangga yang dipercayai merujuk kepada adik iparnya itu.

Sebelum ini juga, Joy pernah meminta orang ramai mengabaikan kenyataan-kenyataan kakak dan bekas suaminya yang dianggap bersifat melindunginya dan meminta orang ramai menunggu kenyataan rasmi dari Hafiz Hamidun.

Bagaimanapun, dia selepas itu dlihat masih mengeluarkan status ‘meluah perasaan’ di akaun media sosial miliknya yang menyebabkan timbul spekulasi. - Apakes
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment