"Di Mahkamah Nanti Saya Akan Dedah Segala Bukti"




Seperti yang dijangka selesai sahaja sidang media yang dilakukan Hafiz Hamidun semalam, pasti akan ada komen balas dari isterinya, Joy Revfa pula.

Enggan mengulas lanjut mengenai isu rumah tangganya, Joy dalam masa yang sama berasa kecewa apabila suaminya mempertikaikan permohonan cerai faraq yang diserahkan ke pejabat agama pada 18 Ogos lalu.

“Saya kecewa apabila dokumen yang dibawa bertemu pihak media semalam dipertikai. Buat masa sekarang peguam menasihati saya supaya tidak memberikan sebarang komen kerana prosiding belum selesai. Saya tak nak timbul isu lain pula seperti kerja kotor dan penyebaran fitnah”

Pada sidang media semalam, Hafiz terkilan apabila persetujuan bersama diantara mereka dilanggar apabila Joy terlebih dahulu menghantar surat permohonan pembubaran perkahwinan mereka sehingga proses mahkamah bertindih.

Manakala Hafiz juga menafikan dakwaan Joy bahawa mereka telah melakukan hubungan suami isteri sepanjang berkahwin.

Manakala disebalik badai yang melanda rumah tangga pasangan ini, ada pula mulut mengatakan ini hanyalah salah satu strategi pemasaran perniagaan Joy untuk lebih menonjol.

Berang dengan tuduhan itu, Joy meminta orang ramai supaya menghentikan tuduhan tersebut dan menegaskan soal maruah dan perkahwinan bukanlah suatu isu yang boleh dipermainkan.

“Cukuplah! Berhenti berkata yang bukan-bukan. Ini hal perkahwinan dan membabitkan maruah saya. Ia tidak ada kaitan dengan pemasaran perniagaan atau sengaja mencetus sensasi.

Tunggu saja 14 September nanti. Saya akan dedahkan segala bukti dan maklumat yang ada. Di mahkamah nanti saya akan cerita lebih lanjut,” jelasnya. - Apakes
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment