Bukan Soal Rumah Tangga - Hafiz Hamidun




Penyanyi Hafiz Hamidun berkata kemelut yang berlaku dengan isterinya, Joy Revfa, tiada kena-mengena dengan isu rumah tangga.

Bagaimanapun, artis yang turut bergelar usahawan itu belum dapat memberi penjelasan lanjut berhubung perkara terbabit buat waktu ini.

"Ini bukan soal rumah tangga. Ia berkaitan isu lain yang akan saya jelaskan pada sidang media nanti. Saya sekali lagi ingin tegaskan di sini, ia memang isu luar daripada hal rumah tangga.

"Buat teman media dan peminat yang disayangi, saya harap anda semua dapat bersabar," katanya ketika dihubungi.

Sejak minggu lalu, perkahwinan yang baru berusia tiga bulan artis terbabit dan Joy Revfa, atau nama sebenar Siti Arifah Mohd Amin, 30, menjadi perhatian ramai apabila usahawan kosmetik berkenaan memberi bayangan mengenai wujudnya masalah rumah tangga mereka menerusi perkongsian beliau di Instagramnya.

Begitupun, dalam kenyataannya sebelum ini, Joy turut berharap supaya tiada mana-mana pihak menyalahkan atau memfitnah dirinya dan Hafiz, 33, sekali gus terus mengeruhkan keadaan.

Hafiz pula memberitahu akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara itu tidak lama lagi.

Ditanya mengenai kemungkinan yang berlaku terhadap mahligai baru dibinanya itu, penyanyi itu berkata, beliau terus bersikap optimis dan positif.

"Saya berfikiran positif dengan apa yang akan berlaku," katanya.

Pasangan ini dinikahkan di Shah Alam pada 1 Mei lalu dengan sekali lafaz.

Sebelum ini, Joy pernah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Arryan Firdaus, yang kini berusia tiga tahun. - Apakes

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment