Budak Ditemui Lemas Dalam Parit




TANGKAK - Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun ditemui lemas pagi tadi, selepas dipercayai terjatuh di kawasan parit besar di Kampung Sengkang Batu 20, di sini.

Mayat Mohamad Afiq Zamri ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada jam 8.45 pagi, kira-kira 700 meter dari lokasi dia dilaporkan terjatuh, semalam.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohad Idris Samsuri, berkata mangsa bersama 14 rakannya dipercayai keluar bermain berhampiran Jambatan Sungai Ring, Kampung Seri Menanti dekat Sengkang, pada jam 5.30 petang semalam.

"Ketika sedang bermain di kawasan terbabit, mangsa dikatakan tergelincir dan terjatuh ke dalam parit berkenaan. Mangsa kemudian terus dihanyutkan arus deras yang disebabkan oleh hujan lebat.

"Pasukan SAR yang disertai 17 pegawai dan anggota polis serta 18 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Gambir dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus mendapat panggilan," katanya ketika dihubungi BH, sebentar tadi.

Mohad Idris berkata, operasi SAR yang bermula kira-kira jam 7 malam semalam terpaksa dihentikan pada jam 11.30 malam kerana faktor cuaca, sebelum disambung semula pada jam 7.30 pagi tadi.

"Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

"Ibu bapa diingatkan supaya sentiasa mengambil tahu dan memantau keadaan anak mereka terutama ketika keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini kerana ia boleh mengundang bahaya," katanya. - Apakes

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment