Berbogel Lepas Geram




Kuala Lumpur - Seorang suri rumah berusia 22 tahun dihantui kesilapan sendiri selepas membenarkan teman lelaki warga asingnya merakam video dia berbogel.

Terdahulu, mangsa yang dikenali sebagai Eveline berkata, dia mengenali lelaki bernama Yuen Long, 26, berasal dari Hong Kong sejak dua tahun lalu melalui aplikasi WeChat sebelum hubungan mereka bertambah intim.

“Saya mengetahui suami curang dengan seorang wanita dan berniat mahu membalas dendam. Niat saya hanya untuk melepaskan geram terhadap suami dengan curang bersama lelaki lain.

“Saya dan Yuen kemudiannya saling bertukar gambar sehinggalah pada April lalu, dia mengajak saya untuk membuat panggilan video. Yuen kemudiannya meluahkan kata-kata cinta sebelum meminta saya untuk berbogel,” katanya ketika ditemui di Pejabat Biro Pengaduan Awam MCA di sini.

Menurut Eveline, dia menuruti kemahuan Yuen kerana terlalu marah dengan perbuatan suaminya, namun kemudiannya menyesali perbuatan terbabit. - Apakes
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment