Bapa, bayi maut kereta bertembung




GUA MUSANG - Dua maut termasuk bayi lelaki berusia satu tahun selepas kereta yang dinaiki bertembung dengan pacuan empat roda di Kilometer 41, Jalan gua Musang-Kuala Krai, dekat Kampung Renok, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, Muhamad Sobri Mohamad Khairi, 26, maut di lokasi kejadian manakala bayi, Che Muhamad Saifullah Mohd meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintendan Rajab Ahad Ismail, berkata ketika kejadian mangsa menaiki kereta Proton Wira dari arah Kuala Krai menghala Gua Musang.

"Kenderaan dipandu Muhamad Sobri gagal memotong sebelum bertembung dengan pacuan empat roda dari arah bertentangan.

"Akibat rempuhan kuat itu, dua maut termasuk bayi, manakala isteri kepada pemandu kereta yang berusia 30-an dan pemandu pacuan empat roda cedera.

"Mangsa yang maut dihantar ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Mohd Zawawi Yusoff, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan 4.27 petang sebelum dia bersama enam anggota bergegas ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, pemandu Toyota Hilux berusia 40-an yang cedera sudah diselamatkan orang awam.

"Kita mengambil masa 15 minit untuk mengeluarkan mereka sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya. - Apakes

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment