Afifah & Aliff Kembali Berlakon Bersama
Akhirnya, pihak produksi iaitu pengarah drama Izinkan Aku Mencintaimu, Mansor Akob atau lebih dikenali sebagai Manchi telah tampil memberi penjelasan tentang kontroversi yang melanda 2 pelakon utamanya, Aliff Aziz dan Afifah Nasir.
Kalau sebelum ini ada dakwaan dari Afifah yang pihak produksi menyuruhnya rapat dengan Aliff, ternyata dakwaan tersebut tidak benar sama sekali.
Menurut Manchi, tidak pernah ada sebarang arahan dikeluarkan untuk mereka berdua merapati antara satu sama lain.
Kami hanya bercakap kosong dalam kalangan sendiri seperti bersembang di kedai kopi. Ia bukan perancangan produksi pun. Tiada arahan untuk mereka rapat.
Soal masalah di set penggambaran itu perkara biasa dan tidak boleh dielak. Namun, kedua-dua pelakon utama memberikan komitmen dan kerjasama baik.
Saya tak tahu mengenai perancanga - Apakes
0 comments:
Post a Comment