Wan Sharmila Jalani Pembedahan




Pelakon, Wan Sharmila, menjalani pembedahan pada bahagian berhampiran tulang belakangnya, tiga hari lalu, di sebuah pusat perubatan swasta di ibu kota.

Menurut aktres terbabit, beliau menjalani pembedahan ringkas yang memakan masa kira-kira sejam itu atas nasihat doktor bagi mengelakkan kesakitannya daripada melarat, selain boleh mengundang penyakit lain dan kesan jangka panjang.

Wan Sharmila, 35, turut berkongsi gambarnya sebelum memasuki bilik pembedahan di laman sosial Instagram beliau, semalam.

"Jika diikutkan, sudah lama juga saya berasakan kesan pada bahagian yang sakit itu. Bagaimanapun, biasalah, kita selalu ambil mudah dan membiarkannya saja.

"Ketika bercuti ke Korea Selatan selama seminggu, baru-baru ini, kesakitan yang dialami mula membuatkan saya jadi gementar.

Pada mulanya saya ingatkan ia bukanlah sesuatu yang serius, tetapi selepas beberapa hari pulang ke sini, saya kena juga bertemu doktor.

"Jadi, atas nasihatnya, saya perlu menjalani pembedahan ini," katanya. Kata pelakon cantik itu lagi, tiga tahun lalu beliau juga pernah menjalani pembedahan, namun enggan mendedahkan secara terperinci rawatan yang dilakukan ke atasnya itu.

"Saya jenis orang yang takut dengan doktor. Hendak ke hospital atau klinik pun jadi 'gabra'.

Cuma, saya harus ingat, kita tidak boleh mengambil mudah perkara berkaitan dengan badan dan kesihatan diri.

"Senang cerita, kalau rasa tak sedap dalam hati atau badan, segeralah berjumpa doktor. Jangan tangguh-tangguh," pesan pelakon Mat Motor Otai ini.

Ketika dihubungi, pelakon yang mula aktif di bidang seni sejak 2005 dari Johor ini mengaku dirinya sedang berehat selepas menjalani prosedur berkenaan.

"Saya juga sedang menunggu keputusan hasil pembedahan terbabit. Dalam hati, memang saya berasak cuak juga. Harapan saya, semuanya baik-baik saja.

"Saya memuat naik gambar di laman Instagram itu pun kerana mahu semua orang mendoakan yang elok-elok untuk saya. Insya-Allah," katanya. Ujarnya lagi, tempoh beberapa hari akan datang ini. - Apakes

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment