Tragedi Kampung Gajah




SERI ISKANDAR - Universiti Teknologi MARA (UiTM) akan menguruskan semua urusan kebajikan membabitkan dua pelajar Diploma Sains Gunaan UiTM Kampus Tapah yang maut dalam kemalangan di Kilometer (KM) 17, Jalan Bota Kanan-Teluk Intan, dekat Kampung Gajah, tengah hari tadi.

Ia turut membabitkan aspek kebajikan empat lagi pelajar yang cedera dalam kemalangan itu yang kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UiTM Kampus Induk Shah Alam, Prof Datuk Dr Abdullah Mohamad Said, berkata enam pelajar terbabit adalah penuntut Diploma Sains Gunaan dan Diploma Perakaunan.

Katanya, semua pelajar itu ketika kejadian sedang dalam perjalanan atas urusan peribadi ketika cuti hujung minggu manakala van yang membawa dua lagi pelajar dalam perjalanan mengikuti program Gen Y kelolaan UiTM Seri Iskandar.

"Pihak UiTM Perak telah dan sedang menguruskan hal berkaitan jenazah dan urusan pelajar yang cedera untuk memastikan semua berjalan lancar.

"Takziah kepada keluarga pelajar yang meninggal dunia dan bagi pelajar yang cedera, UiTM sentiasa mendoakan supaya mereka segera sembuh," katanya ketika ditemui di Hospital Changkat Melintang di sini sebentar tadi.

Beliau berkata, UiTM juga akan membuat tindakan susulan yang perlu dari segi kebajikan pelajar yang terbabit.

"Sebelum ini kita ada lancarkan kempen kesejahteraan pelajar untuk beri kesedaran dan keselamatan jalan raya supaya pelajar titik berat keselamatan jalan raya selain aspek integriti dan penggunaan media sosial," katanya. - Apakes
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment