Suami Isteri Maut Rempuh Lori




NIBONG TEBAL - Sepasang suami isteri maut selepas lori dinaiki merempuh belakang sebuah lori di Kilometer 156.4 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dari arah Bukit Tambun ke Jawi, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 1.10 pagi itu, pemandu lori, Teoh Beng Koon, 61, dan isterinya, Low Kuan Tai, 58, maut di tempat kejadian akibat cedera parah selepas tersepit dalam kenderaan itu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Shafee Abd Samad, berkata siasatan awal mendapati pemandu lori berkenaan dipercayai mengantuk hingga gagal mengawal kenderaan.

"Kedua-dua mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat tersepit dan cedera parah di kepala serta badan.

"Mayat dikeluarkan anggota bomba dan dihantar ke Hospital Sungai Bakap (HSB) untuk bedah siasat," katanya.

Shafee berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment