Soo Wincci Minta Izin Isteri Aaron Aziz Lakon Babak Mesra




Menyedari beberapa babak lakonannya di dalam filem Kau Yang Satu bersama Aaron Aziz adalah babak yang melibatkan adegan memegang, memeluk dan duduk di atas peha Aaron, Soo Wincci terlebih dahulu meminta kebenaran daripada isteri pelakon lelaki berkenaan.

“Saya memegang watak sebagai Isabella, seorang model yang mempunyai hubungan dengan Taufik, lakonan Aaron.

Pada awalnya, saya rasa agak risau selepas membaca skrip. Saya menyedari ada adegan mesra yang harus saya lakukan bersama Aaron”

“Sebagai tanda hormat, saya meminta izin dengan isteri Aaron, Diyana untuk melakonkan babak-babak tersebut. Diyana sangat memahami dan tahu tugas saya sebagai seorang pelakon.

Pada mulanya, saya rasa agak segan juga tetapi saya melakukan aksi tersebut atas dasar profesional dan tuntutan watak,” jelasnya.

Sementara itu dalam masa yang sama, Soo Wincci juga turut menyatakan bahawa watak yang dibawakannya kali ini adalah mencabar dan bersedia jika diberi watak sedemikian di samping melonjakkan namanya di dalam industri seni tanah air.  - Apakes

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment