Nelydia Senrose Nafi Bercinta Dengan Bekas Suami Pelakon




Menyedari gosip percintaan mengenai dirinya dengan seorang duda yang juga bekas suami kepada seorang pelakon, Nelydia Senrose menafikan perkara berkenaan.

Jelasnya hubungan yang terjalin hanyalah sebagai kawan sahaja, malah dirinya juga tidak pernah keluar berduaan dengan jejaka itu.

“Memang saya ada terdengar gosip kononnya saya bercinta dengan lelaki berkenaan.

Malah, ada juga rakan artis yang bertanyakan hal itu kepada saya, kerana kononnya mereka nampak saya keluar dengannya. Jujur saya katakan di sini, saya memang tiada sebarang hubungan dengan lelaki itu.

“Malah, saya sendiri hairan macam mana perkara seperti ini boleh tersebar. Saya akui, kami memang berkawan, tetapi setakat rakan biasa saja.

Kalau keluar pun, beramai-ramai dan ditemani kakak serta adik. Kami tidak pernah keluar berdua,” jelasnya.

Sebelum ini Nelydia didakwa sedang hangat bercinta dengan jejaka terbabit kerana ada pihak memberitahu pernah melihat mereka keluar bersama.

Malah hubungan itu dikhabarkan serius sehingga mereka merancang untuk mendirikan rumah tangga. - Apakes
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment