Meninggal Dunia Selepas 4 Hari
ALOR SETAR - Kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang sebelum ini kritikal selepas ditemui tidak sedarkan diri di sebuah kolam terbiar di Kuala Nerang dekat sini, meninggal dunia pagi ini.
Muhammad Rusyaidi Muhammad Na'am, menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, susulan insiden petang Khamis lalu. Kematian mangsa disahkan bapa kanak-kanak itu, Muhammad Na'am Othman, 37.
"Salam. Anak saya dah meninggal, nak sampai Kampung Semeliang di Kuala Nerang tak tau pukul berapa," katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) sebentar tadi.
Dalam kejadian petang Khamis lalu, Muhammad Rusyaidi bersama rakannya, Nur Damia Nadhirah Shahrudin, 5, ditemui di kolam tadahan air terbiar di Batu 19, Kampung Baru Padang Lalang itu, selepas dipercayai terjatuh.
Nur Damia disahkan meninggal dunia sejurus tiba di Hospital Kuala Nerang. - Apakes
0 comments:
Post a Comment