Maut Dalam Perjalanan Ke Tempat Kerja
Maut Dalam Perjalanan Ke Tempat Kerja
KUALA SELANGOR - Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya hilang kawalan sebelum bertembung dengan sebuah kenderaan lain di Kilometer 65 Jalan Klang- Teluk Intan, jam 7 pagi tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Deputi Superintendan Mohd Asri A Wahab berkata, ketika kejadian, mangsa Muhammad Aizuddin Kamif, 20, sedang dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Pelabuhan Barat.
Katanya, Muhammad Aizuddin sebelum itu bertolak dari rumah ibu bapanya di Seri Manjung, Perak pada jam 12 tengah malam tadi dan berhenti rehat di Bagan Datok sebelum meneruskan perjalanan ke tempat kerja.
"Setibanya di lokasi kemalangan, mangsa yang menghala ke Klang gagal mengawal kenderaannya dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah kenderaan yang dipandu seorang wanita dari Jalan Kuala Selangor - Teluk Intan.
"Akibat perlanggaran itu, mangsa yang cedera parah di kepala dihantar ke Hospital Tanjong Karang (HTK) namun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan pada jam 7.45 pagi di unit kecemasan hospital berkenaan.
"Pemandu wanita yang memandu kereta jenis Honda Civic itu hanya mengalami kecederaan ringan," katanya. Mohd Asri berkata, kes disiasat mengikut Seksyen (41)(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
- Apakes
0 comments:
Post a Comment