"Level Hang Ni Patut Tengok Drama Melayu Saja"




Bagi sesiapa yang mengikuti perkembangan Janna Nick di Instagram pasti tahu beliau sering membuat review filem-filem yang ditayangkan di panggung wayang.

Terbaru Janna ada memberikan komen mengenai filem Dunkirk arahan Christopher Nolan yang baru sahaja ditayangkan.

“Ai tengok cerita Dunkirk dah nak habis dah. Ai tengok cuba digest sampai Ai rasa Ai macam kebodohan teruk. Lepas tu Ai decide untuk tidur Ai bangun tidur sambung tengok lagi tapi masih buntu. So Ai tak mahu bagi bintang dekat cerita ini. Kalau boleh elakkan tengok,” tulisnya di Instagram.

Rata-rata ramai yang memuji filem ini, apalagi diarahkan oleh pengarah yang tidak asing lagi di Hollywood. Jadi kritikan pedas Janna telah mengundang kecaman peminat filem ini.

Kata mereka, lebih baik Janna tengok sahaja drama Melayu yang lebih sesuai dengan pemikirannya.

Sementara itu, menyedari dirinya dikecam teruk, Janna sempat memuat naik kenyataan di Twitter memohon maaf terhadap komen pedasnya itu.

Apa yang pasti, masing-masing mempunyai citarasa yang berbeza, mungkin itu adalah pendapat ‘jujur’ beliau cuma tidak kena dengan tempatnya saja. - Apakes

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment