Lelaki Tuduh Dan Viralkan Kononnya Sofi Jikan Mengurat Isterinya Tampil Mohon Maaf




Seorang lelaki yang sebelum ini pernah menuduh pelakon Sofi Jikan mengurat isterinya sehingga tular di laman Facebook telah tampil memohon maaf secara terbuka kepada pelakon berkenaan.

Lelaki berkenaan berkata, dia sebenarnya telah salah sangka dengan tindakan pelakon KL Gangster itu yang memberikan senyuman kepada pasangannya ketika mereka sedang menikmati makan malam di Jawi, Pulau Pinang pada minggu lalu.

"Assalamualaikum, tujuan sebenar saya ingin memohon maaf kepada abang Sofi Jikan tentang masalah salah faham baru-baru ini.

"Saya minta maaf secara terbuka di atas kenyataan yang menuduh Sofi Jikan cuba menganggu pasangan saya sewaktu tengah makan sehingga menjadi viral di laman sosial," ujarnya.

Sofi pada Sabtu lalu dilaporkan berang apabila dituduh memandang dan senyum kepada seorang wanita kononnya berstatus isteri orang di sebuah restoran di Pulau Pinang di mana keratan gambar tuduhan itu dimuatnaik ke laman Instagramnya.



Menurut Sofi ketika itu niatnya hanya membalas senyuman kepada seorang peminat dan bukan mengurat wanita berkenaan seperti dituduh pemuda tersebut.

Lelaki berkenaan telah memberitahu yang dia sudah bertemu dengan Sofi bagi menjernihkan keadaan yang telah ditimbulkannya itu.

"Saya telah pun bersemuka dengan Sofi dan meminta maaf atas kesilapan yang saya lakukan itu," ujarnya dipetik tulisan mStar.

Palakon itu turut mengesahkanperkara ini dimana menurut beliau semuanya sudah diselesai secara baik apabila lelaki berkenaan datang bertemunya untuk meminta maaf, pada malam Sabtu lalu.

Tambahnya, dia juga tidak merancang untuk mengambil sebarang tindakan terhadap lelaki itu.- Apakes
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment