Lagu Viral Datuk Vida Disamakan Dengan Ayam

 


Mesti ramai dah dengar lagu viral “I Am Me” nyanyian Datuk Seri Vida. Sambutannya memang luar biasa dan terngiang-ngiang dalam kepala. Siapa sangka seorang usahawan kini bergelar penyanyi.

Namun seperti biasa lirik lagu tersebut menjadi bualan hangat kerana kedengaran seperti ‘ayam’.

“I Am Me ke ayam mi?”. Itu antara persoalan netizen selepas menonton klip video single tersebut yang dilancarkan Jumaat lalu.

Menurut Vida, bunyi ‘ayam’ bagi sebutan “I Am” sengaja dibuat supaya ia berbunyi catchy dan menarik didengar.

“Kita nak sesuatu yang catchy dan menarik bila didengar. I am, I am sampai jadi ayam, ayam, ayam. Kalau ikutkan bukan ayam saja bunyi kucing pun ada ‘miow’,”ujarnya.

Lagu ciptaan Edry Abdul Halim itu juga menerima lebih 1,000 komen. Rata-rata menganggap lagu tersebut menarik dan boleh hilangkan tekanan.

Lebih kelakar ada yang menganggap lagu “I Am Me” ini lebih sedap berbanding lagu “Wanita Terakhir” nyanyian Fattah Amin. - Apakes
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment