Kini Ibu Tuggal, Serina Redzuawan Gagah Hadapi Kehidupan



Kini Ibu Tuggal, Serina Redzuawan Gagah Hadapi Kehidupan

Percaya pasti ada hikmah yang tersembunyi di sebalik perpisahannya dengan bekas suami, Gavin Edward O’Luanaigh atau nama Islamnya, Salahudin Ghafar, pelakon Serina Redzuawan yang kini berusia 34 tahun redha dengan ketentuan Tuhan.

“Saya redha dengan takdir yang telah tertulis dalam hidup saya, bergelar ibu tunggal pada usia yang muda. Tapi saya tak mahu dilihat lemah dan mengharapkan simpati orang ramai.

Orang yang senasib dengan saya perlu teruskan hidup mencari rezeki demi anak-anak dan hidup sendiri”

“Jangan menangis atau mengeluh, bangun dan bangkitlah melawan segala-gala dugaan dan kesusahan. Betul, ada masanya memang sukar untuk menguruskan anak-anak seorang diri tetapi ayah mereka tidak melepaskan tanggungjawab terhadap keperluan anak-anak terutama dalam soal pelajaran,” jelasnya.

Selari dengan perkara tersebut, Serina dalam masa yang sama turut membuat pelbagai pekerjaan seperti berniaga kuetiau, menjual pelbagai produk, berlakon, mengacara, menjadi duta dan jurucakap di merata tempat.

Apa pun, semoga perjalanan kehidupan Serina dan keluarga dipermudahkan. Sesuatu yang pahit pada awalnya pasti memberi kemanisan di penghujung perjalanan.

Hasil perkahwinan bersama bekas suamunya itu, Serina dikurniakan dua cahaya mata, Tristan Tareef, 6 tahun dan juga Isabella Saffiya, 5 tahun. - Apakes




Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment