Kerana Video I Am Me, Datuk Seri Vida Dicop Seperti Badut




Tidak dinafikan lagu terbarunya, I Am Me memang menjadi fenomena di laman sosial kini sampaikan yang terlantar koma bertahun lama boleh bangun untuk menutup radio.

Memang hebat penangan lagu itu! Tetapi disebalik kejayaan itu, Datuk Seri Vida akui terguris dengan kritikan peminat yang melampau.

“Kadang-kadang saya terkasima dengan perkataan yang tak terjangka akan keluar. Ada yang kata saya badut, Oh My God, itu adalah sesuatu yang paling menyakitkan hati, tapi nak buat macam mana mereka tak memahami saya. Syok sendiri apa, saya kena berkarya cara saya”

“Tak boleh duduk diam dengan benda yang stereotype atau benda yang sama. Saya sukakan sesuatu yang berlainan, itu cara saya sebab tu kadang-kadang orang kata saya trend setter, saya leading, ada kata saya idealis, Alhamdulillah,” katanya.

Meskipun terus mendapat kecaman peminat, namun Datuk Vida tidak pernah serik untuk tampil dengan pelbagai kelainan bagi melariskan produk kecantikkannya.

Jelasnya ini bukanlah kritikan pertama yang dihadapinya, namun kadang kala hati tetap terguris dengan kata-kata nista peminat.

Apapun semoga Datuk Vida terus tabah dan kuat untuk terus menjadi usahawan berjaya. Mungkin pelik dan kelakar video yang dihasilkan tetapi itulah tujuannya supaya dapat menarik minat peminat yang menontonnya, lagi bagus bila sudah menjadi viral seperti sekarang. - Apakes
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment