“Kalau Pihak Sana Bersalah Apa Patut Kita Buat?”




Selepas menerima kecaman tentang komen yang ditulis berkenaan pembabitan adiknya sebagai orang ketiga dalam kancah rumahtangga Aliff Aziz, Anzalna Nasir tampil memuat naik satu status di Instagram untuk menenangkan semua pihak.

Melalui kemaskini terbaru, Anzalna Nasir mendakwa beliau sedang menyiasat perkara ini untuk para peminat semua dan sekiranya adiknya Afifah Nasir bersalah, beliau mencadangkan supaya gadis itu bertaubat dan meminta maaf.

Dalam ayat yang sama, Anzalna Nasir juga meminta pandangan semua apakah yang harus dilakukan jika Bella Astillah yang bersalah dalam soal ini. Anzalna Nasir juga turut menggesa semua tidak hanya mendengar cerita dari satu pihak sahaja.

Berdasarkan apa yang ditulis Anzalna Nasir ini, nampaknya seperti ada kisah lain yang belum diketahui umum tentang pembabitan Afifah Nasir dalam rumahtangga Aliff Aziz dan Bella Astillah — kami sendiri tertanya tanya.

Semoga pihak Anzalna Nasir dan adiknya mampu keluar dengan cerita sebenar dari pihak mereka kelak. - Apakes

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment