Elfira Loy Berang Dibandingkan Dengan Bekas Kekasih Sufian Suhaimi


Selamat melangsungkan majlis merisik pada minggu lalu, Elfira Loy meminta supaya berhenti membandingkan dirinya dengan bekas kekasih Sufian Suhaimi yang dikenali sebagai Izyan.

Jelasnya statusnya sebagai selebriti membuatkan percintaan mereka berbeza dengan sebelum ini.

“Masa dengan bekas kekasihnya, Sufian belum menjadi selebriti, jadi benda yang dia buat tidak dihebahkan. Saya seorang selebriti.

Benda kecil yang saya buat pun mendapat ‘like’ yang banyak. Betul tak”

“Kita tidak boleh membandingkan kisah lepas seseorang dengan yang sekarang. Setiap manusia berubah. Kalau pun dia tidak buat romantik dulu.

Mengapa pula dia tidak buat sekarang. Mesti ada perubahan,” katanya kepada Projek MMO mengenai perkara itu.

Terdahulu Elfira didakwa menjadi punca perpisahan diantara Sufian dan bekas kekasihnya itu sejak dirinya bergelar selebriti.

Bagaimanapun Sufian menafikan kenyataan itu dan menjelaskan perkenalannya bersama Elfira berlaku selepas beberapa bulan berpisah dengan Izyan.

Mulut orang memang sukar untuk ditutup, ada sahaja perkara yang tidak kena di mata mereka. Semoga Elfira dan Sufian tabah menghadapi dugaan, apa lagi selepas selamat melangsungkan majlis merisik. - Apakes

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment